Norma Baharu Pusat Internet Semop

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Semop mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti Kampung Semop dan sekitarnya untuk mempunyai akses kepada internet dan kemudahan komputer. Selain itu, bagi pelajar IPTA atau IPTS yang mempunyai masalah "line" dan ada kelas secara online, bolehlah berkunjung ke sini.

Sejajar dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, kini, pengguna internet di Kampung Semop dan sekitarnya hanya dibenarkan terhad kepada 5 orang dalam satu-satu masa dan diwajibkan untuk menggunakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer). Selain itu juga, pemeriksaan suhu badan dan nama juga akan direkod bagi tujuan pemantauan. Di samping itu, bagi pengguna yang mempunyai aplikasi MySejahtera, QR kod MySejahtera juga telah disediakan bagi memudahkan urusan pendaftaran masuk pengguna ke pusat internet.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di FB ataupun Instagram Pusat Internet Semop

Instagram - https://www.instagram.com/pusatinternetsemop/?hl=en
Facebook - https://www.facebook.com/PIsemop

Waktu Beroperasi: 8 pagi - 5 petang
Hari Beroperasi : Setiap hari kecuali Cuti Umum.

Terima kasih.

#Stayathome
#Kitajagakita
#Covid19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali